Thursday, February 23, 2012

Cinta Rahsia a.k.a cinta dalam diam

Assalamualaikum w.b.t

Berbicara tentang cinta pasti mengundang pelbagai rasa di dalam hati kita. Ada yang suka, ada yang menyampah, ada juga yang girang tersenyum sendiri. Sekali lagi cik Ryu ingin mencontengkan cerita cinta manusia. Cerita cinta yang mungkin sedang anda alami dan tidak mustahil juga untuk cik Ryu alaminya sendiri. ngee~ Indah kan kedengaran bila bicara cinta ini berlabuh di dalam hati.
Cinta rahsia. rasa asing membuai hati yang tidah diluahkan kepada empunya diri. rasa yang hanya berbunga di dalam hati sendiri. Cinta rahsia ada indahnya dan sakitnya juga tetap singgah. Indah pabila cinta rahsia ini dapat dirasai oleh si dia tanpa perlu kita berbicara. Terlebih indah jikalau cinta rahsia ini tidak lagi rahsia dan melangkah ke suatu fasa yang lebih barakah,,perkahwinan.
Namun,,cinta rahsia ini akan merasa sakitnya apabila rasa unik ini di berikan kepada seseorang yang hanya mampu dipandang tetapi tidak dapat di kongsi bersama keunikan itu. Dalam erti kata mudah,,rasa cinta kepada mereka yang tidak tahu menghargai dan not the one to us. Sakit bila hanya kita yang membina impian indah,,menggarap pelangi rindu sedangkan ‘dia’tidak sedikit pun menoleh untuk melihat kita di sini.

Some people said that, love will be more meaningful if we had told the one we love about the feeling. but the most beautiful if we kept that feeling and one fine day the person will realize by him/herself. they realize it and share the same feeling with us. they realize that we are the one for them and they are meant to us.

Cinta rahsia yang sangat manis. mencintai seseorang tidak seharusnya diluahkan. Andai dia turut berkongsi rasa yang sama, yakinlah janji ALLAH itu pasti. Jadi, yakinlah dia pasti menggunakan saluran yang sebetulnya untuk meluahkan rasa tersebut. seorang lelaki yang beriman pada ALLAH tidak akan mempermainkan perasaan wanita yang harus mereka lindungi dengan kata-kata manis terlebih gula. kata-kata yang hanya sekadar dibibir bukan di hati. Cinta yang tidak diluah itu sangat indah. kekerapan luahan rasa di halwa telinga pasti akan memudarkan manisnya perasaan itu mengikut putaran waktu. sementelah rasa kasih dan sayang kita pada seseorang tidak seharusnya terhad pada dengan hanya kata-kata. Malah perlakuan itu sudah cukup menzahirkan perasaan. Namun wanita ini kadangkala silap mentafsir. khilaf menelah. buta untuk melihat rasa yang dizahirkan dengan perlakuan. Wahai wanita,,janganlah kamu merendahkan martabat dirimu dengan merayu-rayu pada suatu perasaan yang tidak pasti menjadi milik kite. Diamkanlah. Kerana andai benar janji Allah dia untukmu, yakinlah dia pasti membimbingmu dan anak-anak kamu ke jalan yang diredhai-Nya. Bersama mengharmonikan institusi keluarga. menjadi sahabatmu di dunia dan insyaAllah juga di Jannah. Seandainya dia yang kamu zahirkan rasa aneh itu bukan untukmu,,,usah bersedih mahupun ditangisi semua itu. kerana Dia telah mengaturkan yang sebaiknya untukmu. Carilah kebahagiaan secara total dengan mendahulukan rasa cinta mu itu pada yang Esa. 
Wahai sahabat sekalian,,berpada-pada lah memberi rasa cinta itu.


note di pinggir jalanan rerama,,,,:
entry khas request from kamu encik si putih.even cite ni cam xde kaitan and merapu (idea pada 2masa & tempat yang berbeza),,tapi the title still as u wish kan.ngee~
cont,,as a guy kamu yang perlu punyai keberanian untuk meluah rasa pada the One. betol,,seandainya dia untuk kita,,sejauh mana pun kite lari or mengelak,tetap menjadi milik kite suatu hari nanti. tapi semua itu perlukan usaha juga kan..nOktah.
maybe its too late but,,saye still garapkan even kamu maken jauh,,,
garapan nukilan hati si rerama yang lost,,tidak ditujukan kepada sesiapa.


Sunday, February 19, 2012

nOne

just wanna write down ::

THINKING OF YOU,,
MISSING YOU,,
GIVE ME BACK THE RAINBOW,,
PLEASE,,
SMILING BACK.

how hard i try to us be like before,,but seem like you still not throw the gap. still put it between us. 'atok',,dunno what have i done to you.we are at the same roof but act like a wall.no talking.no joke.no hi like before.i hate this feeling,.someone i know become someone i knew. need to pretend that we never ever been close.hate that. awkward. totally. but nevamind,,not forcing you.

:rerama itu melakar pelangi kedukaan:

Saturday, February 11, 2012

Dekat Tapi Jauh

Assalamualaikum w.b.t
end of tears and back to reality.
sudah agak jarang singgah di sini sekarang. sibuk?boleh tahan lah. minggu ni,,minggu yang we suppose to go to KL,,celebrating baby sabrina cukur jambul,,suppose to gather all the family,,together berzanji and marhaban. but seperti entry2 sebelum ni,,kami hanya mampu merancang. so weekend ni diriku hanya menghabiskan masa di Kemaman bersama yang lain. konon mahu memancing udang yang telah di plan sekian lama tetapi terpaksa dibatalkan di saat2 akhir ini.adeh nampaknya macam tak berpeluang je. next week dayah akan spend time with her family,,the next two weeks,,tak dapat di telah apa planning.owh,,jadinya hari Jumaat cik tihah hanya stay di rumah,,menonton cd cite maid in Manhattan then tengah hari berhibernasi ke petang. bangun2 sambung menonton next story yang tersangat touching every time watch it,,Kabhi Kushi Kabhi Gam. uhuhuhu. kepala dah start saket2,,mata pun sama but kali ini sebelah kiri lak..ouchh. after maghrib gedik follow thia and dayah pi main badminton. this time dayah dah siapkan shoes untuk cik tihah even raket tidak ada.ahahaha.sengal kan. minggu ni tetibe cam ramai lak yang turun bermain,,siap dengan pian sekali.adeh segan seketika cik tihah. ngee~
oke,,saya tidak pandai nak bermain ala2 tournament gitu..saya hanya tau pukul bola dengan raket tu je. saya hanya bermain suka2 dipetang hari yang lapang bersama adik2 sahaja. so,,maafkan kejakunan cik tihah ye sekalian. anyway,,saya enjoy.

oke.i accept yang sesetengah gurl hanya tahu drive je,,tapi failed bab2 dalaman sesebuah kenderaan itu. contoh terdekat adalah cik tihah. seriously,,saya hanya tahu bawa je dan pengetahuan tentang minyak enjin, bateri dan lain2,,owh isi minyak pun saya tidak tahu (sebenarnya takut nak mencuba,,too much fear) are ZERO. KOSONG. this is my weaknesses. ya,,kelemahan cik tihah. baru ni minyak hitam CLK tu dah sampai waktu untuk ditukar,,kekalutan minggu lepas telah jadikan cik tihah pelupa untuk memberitahu ayah. sesampainya di sini,,abangku itu telah  memaklumkan sudah sampai masa untuk CLK di servis. adeh,,haru2. kebetulan pulak pok ham balik kampung minggu ni. tanya k.sarah and k.nor,,diorang pun tak berapa tahu sangat,,try not to disturb but cannot but he's not here to help. lucky me, ada jugaklah sorang ni yang ada kawan punya bengkel. thanks ye. camne laa nak beli kereta sendiri ni cik tihah oiii..



dekat tapi jauh,,berhadapan tapi seperti dibelakang,, awkward kan. tersangatttt. the thing that already happen to me 10 years ago. saket??yup. even dah pernah merasainya but still hurting.cuma tidak seteruk dulu and this kind of thing is not that person fault. its me. oke cik tihah actually situasi sekarang dengan dulu tidak sama sangat. punca tidak dapat diketahui tidak seperti dulu. i knew the reason,,i knew why it happen but now,,i've no clues,,no ideas. its just happen. today we are still oke,,make jokes, share the stories, chat and say hi but the next day we are like strangers. no hi, no chat, no jokes,.,.kenapa mengapa,,jawapan hanya di tangan kamu. sudah jenuh diriku mencari puncanya tetapi none. penat. tidak lagi berharap. biarlah masa yang menentukan semuanya. mungkin takdir kita hanya untuk bersahabat rapat seketika bukan untuk selamanya. ya,,i never forget.."True friends are hard to find, harder to leave and impossible to FORGET". walaupun kamu bereaksi sebegitu,tapi maafkan cik tihah coz tidak dapat melupakan semuanya. sekali bersahabat selamanya bersahabat. sekali terjatuh,,untuk bangkit dan teruskan berjalan bukanlah sesuatu yang mudah. dan apabila semua ini terjadi,,kejanggalan itu akan timbul. cik tihah tidak pandai untuk bereaksi biasa,,bereaksi seperti tiada apa yang berlaku. sorry. cik tihah tidak pandai untuk memulakan seperti yang lain2 apabila berlaku kejanggalan. saya seorang yang pemalu. hidung cik tihah tak mancung,,jadi cik tihah segan untuk sorongkan pipi ini. mungkin selagi kamu juga bereaksi janggal,,selagi itulah cik tihah tidak berani untuk bertegur sapa seperti dulu bila berhadapan. how i miss our conversation. :(

:kalau rindu,,pandanglah bulan kerana aku tahu kita pasti memandang bulan yang sama walau di tempat yang berbeza:

Dalam Kenangan

Assalamualaikum w.b.t

dalam kenangan~
Ajal maut,jodoh pertemuan bukan lah di tangan kita. kita hanya mampu merancang, hanya mampu berimpi tetapi semua itu telah ditetapkan oleh Allah S.W.T
hari ini genaplah seminggu arwah ayah chik meninggalkan dunia fana ini. meninggalkan seorang baby gurl berusia sebulan yang di tunggu setelah hampir 20thn lebih mendirikan rumah tangga. meninggalkan seorang isteri suri rumahtangga sepenuhnya serta cik siti yang akan menghadapi peperiksaan penting pada tahun ini. pemergian yang tidak di duga. setelah 2bulan keluarga ku kehilangan arwah Pa,,ayah chik menyusul. even mereka ini hanyalah menantu dalam keluarga arwah Hj A-Rahman,,namun kehadiran mereka memeriahkan lagi keluarga kami. kehilangan ini amat terasa di hati ku. terutama ayah chik. arwah tersangat baik dengan semua orang. so no wonder begitu ramai yang menziarahi. tersangat baik dengan kami sekeluarga. kehilangan yang tiada gantinya. diriku agak terkilan kerana tidak dapat pergi menziarahi ketika arwah terlantar koma. kematian ini tidak mengira usia,pangkat mahupun apa2 saje. semua manusia akan menghadapinya. malam sebelum pemergian arwah,,aku telah terasa kelainannya. diri tetiba menjadi sebak,,cant stop the tears and find the song by Opick "Bila waktu telah berakhir".
Ayah Chik laa yang memberi peluang untuk aku merasa naik flight buat pertama kalinya. (yup,,first time seumur 25thn ini.jakun?who cares). ayah chik laa yang memberi peluang untuk aku dan keluarga lain pergi ke tempat2 yang entah bila akan kami sendiri pergi,,makan di tempat2 yang totally tidak akan sampai sendiri. ayah chik juga tak pernah lupa untuk memberi hadiah if anyone of us yang berjaya memperoleh keputusan baik dalam exam. tahun ini aidilfitri kami tidak akan terima duit raya paling banyak,,siapa sangka kan,,2011 adalah aidilfitri terakhir kami sekeluarga dengan ayah chik dan pa. itu lah terakhir ayah chik and chik pulang ke kampung. Terima Kasih tidak terhingga. tidak dapat membalas semuanya di dunia ni,,InsyaALLAH tihah tidak akan lupa untuk menghadiahkan al-fatihah serta berdoa untuk semua keluarga yang telah tiada. sangat bersimpati dengan keadaan chik,adik and baby sabrina selepas ini.. nampaknya baby sabrina tidak dapat merasai kasih sayang daripada abahnya. tidak dapat merasai apa yang pernah adik rasai. menjalani kehidupan serba sederhana. harap chik dapat survive hidup di kota metropolitan even tidak bekerja. Fatihah,,dont cry..be brave. setiap yang hidup pasti akan mati.
moga roh beliau di cucuri rahmat. al-fatihah~

Friday, February 3, 2012

kita hanya mampu merancang

assalamualaikum w.b.t

kita hanya mampu merancang segalanya tetapi yang menentukan apa yang dirancang itu terlaksana bukanlah kita. namun Dia yang Esa.
ya,,keluarga ku telah merancang untuk bersama memeriahkan majlis berendoi baby Sabrina minggu depan. merancang untuk bersama berkonvoi ke kota metropolitan. namun siapa dapat menjangka,,perancangan itu terpaksa dicepatkan ke minggu ini. namun bukanlah kerana majlis berendoi itu tetapi kejadian yang terjadi kepada pakcik ku. baru sebulan bergembira memperoleh anak setelah hampir 20tahun lebih,,kini dirinya terbaring kaku dengan bantuan mesin pernafasan di unit rawatan rapi HUKM.
secara detailnya aku tidak mengetahui jalan cerita sebenar. apa yang disampaikan,,ayah chik koma setelah terkena serangan strok. YA ALLAH,,kau sedarkanlah beliau,,berilah beliau kekuatan untuk sedar.
otak ku membeku untuk meneruskan penggarapan ini. apa pun,,aku doakan semoga ayh chik akan kembali pulih dan melihat baby Sabrina membesar.amin.

:riNdu:



cik tihah rindu senda gurau kite dulu,,
cik tihah rindu gelak tawa kite dulu,,
cik tihah rindu kamu..

read the history of our conversation just now make me feel damn miss the moment. may be its nothing to you but for me,,its meaningful. the word that you said,,give me hope. give me a smile. but the distance that exist between us right now, fade away the smile too. what's wrong with us? what's on your mind? i try to move on but once fall, its hard to stand and keep walking. fall on you. the faith is not on us but dunno why,,i feel comfortable with you. but i realise too that you may not comfortable as like as me right.
i just can say that i miss you. please give back the smile. i will appreciate it. ya,,will appreciate it as much as i appreciate you in my life.
to you,,,i hope you know who are i miss a lot.

:nukilan hati di tinggalkan keseorangan berhujung minggu di kemaman ini,,,jiwang sket:
you know who you are...ESP

:Berhenti Berharap:

assalamualaikum w.b.t

berhenti berharap,,yup.berhenti berharap pada semuanya. tiada ku mampu untuk berharap yang indah2,, tiada ku daya untuk berharap yang manis2,,tiada juga ku berharap yang tinggi2,,none.zero. berhentinya aku berharap pada semua bukan bermakna aku kalah. tidak juga kerana aku lemah. jauh sekali untuk aku mengeluh. namun sudah sampai waktunya aku penat, aku lelah untuk terus berharap dengan senyuman tapi pengakhirannya adalah tangisan. diriku hanya perlukan rehat. ya,, diriku perlukan rehat. berehat untuk terus berharap.

cik tihah terlalu banyak menyimpan harapan pada macam2 hal. harapan yang entah bila akan terlaksana. one fine day. Ya,,one find day it will become reality but now,,i need a rest from hoping. penat. lelah.
berharap untuk kehidupan,,namun mereka masih bermain tarik tali,,dari sehari ke sehari harapan itu tetap tiada sinarnya. sinarnya yang pada mulanya terpancar di diari kehidupan ku,,maken suram. bukan hanya padaku malah melibatkan semua orang2 yang ku sayangi. berharap untuk keceriaan,,namun 'dia' seperti debu berterbangan sekelip hilang. pudarnya sebuah warna persahabatan mencomotkan kanvas lukisan hidupku. pengharapan yang di garap kini berselerak entah ke mana. hilang bersama senyumannya,,hilang bersama jenakanya,,hilang bersama senda guraunya,,hilang semuanya yang manis di permulaan. tiada dapat kugapai hatinya kerana hati mu tidak melagukan irama yang sama dengan hati ku. harus bagaimana??. fatihah. janganlah bermimpi untuk menggapai bintang di langit andai diri mu tiada mampu. persiapkanlah diri jika benar bintang itu akan menyinarkan hati. usah berharap yang tinggi2 cz kamu bukannya tinggi pun. kata orang,,ukur baju di badan sendiri. faham cik tihah..... :)


Diam mu,,jarak mu,,
membuat aku sedar,,
berhenti berharap,,

Olah mu,,bahasa mu,,
membuat aku lihat dengan nyata,,
berhenti berharap,,

berhenti berharap pada yang tidak SUDI,
berhenti berharap pada yang tidak MENGHARGAI,
berhenti berharap pada yang tidak PASTI,
berhenti berharap pada yang tidak NYATA,
berhenti berharap pada yang tidak MERINDU,
berhenti berharap pada yang tidak SAYANG,
berhenti berharap pada yang tidak CINTA,
berhenti berharap pada yang tidak MELIHAT,
NAMUN,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,
teruskan lah berharap pada yang Esa,
berharap untuk keredhaan-Nya,
berharap untuk keampunan-Nya,
berharap untuk cinta-Nya
dalam doa,,dalam ucapan,,dalam setiap langkahku,
aku ingin mendekati Mu

:it takes two to dance same with relationship,,it needs two heart to beat same melody:


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...